Sunday 22 April 2012

Apakah Erti Bahagia Pada Anda???

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...
"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?
Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.
Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.



Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.
Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.
Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.
Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.
Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.
Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

Saturday 21 April 2012

Buat Wanita : 10 Cara “Terbaik” buat Lelaki menyayangi Wanita


Setiap wanita pasti inginkan hubungan mereka berkekalan dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.

Di sini wanita boleh jadikan sebagai rujukan untuk menjaga sesebuah perhubungan. Hubungan ini adalah jenis hubungan yang telah berkahwin dan tidak ada penceraian (kalau yang jenis couple, ada batasnya ok…. )  


 

10 Cara “Terbaik” buat Lelaki menyayangi Wanita – Khas untuk wanita :


1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Thursday 19 April 2012

Apa Itu Cinta???

Tak tahu nak mulakan macamana tapi rasa nya dah tak tertahan rasa yg ku pendam dihati ni... Bila bersama-sama dengan kawan-kawan, rasa cemburu mula kurasa.. Bukan cemburu yang berniat jahat tapi cemburu dengan kehidupan dorang.. kebahagiaan yang dorang rasa yang aku tak dapat nak rasa.. Aku gembira tengok kawan-kawanku semua happy dengan pasangan masing-masing... Macam kak Nur, asst aku, kehidupan dia sudah hampir lengkap. Dia dah mendirikan rumahtangga dengan insan yang dia sayang, dia dah ada rumah sendiri, kereta sendiri and baru-baru ni dia dah pon selamat melahirkan cahayamata pertama mereka yang bernama Rayyan Haziq.. sedap kan nama tu seindah baby tu juga.. ^__^ ( tetibe rindu lak pada Rayyan yang muka selamba tu )...

 


Ni lah aku ngan Rayyan



Kawan baik ku Shila, sedang bahagia ngan kekasih hati nya walaupon kadang-kadang aku perasan ada lah juga dia marah-mara ( emosi tak stabil.hehehehehehehe )....  Kembar ku selaku kakak ku Ayu yang aku panggil dengan nama Dolphin ( nama manja - sebab aku suka gila dengan makhluk tu... chumel giler macam aku..  ^__^ )

 

Dia dah pon selamat bertunang dengan boyfriend dia yg kitorang panggil ucuk tu... tapi si ayu nie kadang-kadang tengok dia happy sangat ngan tunang dia tapi kadang-kadang aku kesian tengok dia hari-hari nangis sebab tunang dia... ape punya tunang lah... dah dapat tunang yang cantik, baik and manja tak reti nak jaga baik-baik... bila dah melepas baru nak menyesal... tulah lelaki kan... OK..! stop citer pasal dia...

Ni lah dia Dolphin and Cik Shila... ^__^ chumel kan dorang

BFF aku yang lain Ujie, Aida, and Tui2 lak, maseng2 memang tengah dilamun cinta...seronoknyer tengok mereka semua tu... PERSOALANNYA sekarang.. kenapa aku tak rasa semua tu?? kadang-kadang aku jeles tengok kebahagiaan org lain tapi aku takut nak cari kebahagiaan aku sendiri... aku serik.. kenapa hati aku susah sangat nak terbuka terima orang lain?? kenapa susah sangat aku nak bagi peluang kat orang lain?? kenapa aku selalu rasa sedih?? and kenapa aku tak ada langsung perasaan CINTA ?? pelik kan?? setahu aku hanya robot ker, transformer ke, tak pon terminator jer yang tak ada perasaan...rupanya aku se spesis ngan dorang tu...hahahahha... hari nie aku tanya kat Kak Nur soalan bodoh :

Aku : " Nur, boleh tak aku nak cari lelaki yang boleh jadi boyfriend aku tuk satu hari jer??"

Kak Nur : " Kenapa lak satu hari jer?? "

Aku : " Sebab aku jeles tengok orang lain jalan ngan BF dorang, shopping sama2 and tgok wayang sama2"

Kak Nur : " Giler lah kau ni hehehehe...."

Aku : " Betollah... aku nak BF untuk satu hari jer sebab aku tahu kalau aku jadikan lelaki tu BF aku yang betol2 dia akan rasa bosan dengan aku sebab aku tahu aku tak boleh nak bahagia kan dia. Aku tahu hati aku susah tuk terbuka tuk lelaki lagi apatah lagi nak bercinta memang tak ada dalam kamus hidup aku buat masa nie.. "

Kak Nur : " hmmmmm.... "

MEMANG aku tak nafikan, ramai lelaki yang nak berkenalan dengan lebih rapat ngan aku ( tak perlulah aku nak sebut kan nama dora ) tapi semua lelaki tu aku berikan satu jawapan yang sama.. " AKU TAKKAN BERCINTA DENGAN MANA-MANA LELAKI SEBELUM AKU BERKAHWIN DENGAN LELAKI TU... AND KALAU LELAKI TU BETOL2 BERKENAN AND SERIUS DENGAN AKU, TERUS MASUK MEMINANG AND 6 BULAN KEMUDIAN KAHWIN... "

Orang selalu cakap BERCINTA SEBELOM BERKAHWIN ADALAH HARAM, BUT BERCINTA SELEPAS KAHWIN ADALAH CINTA YANG SUCI DATANG DARI ALLAH.... dulu aku bodoh sebab bazir kan masa aku 4 tahun bercinta dengan "someone" tapi last-last kami break... tullah... cinta sebelom kahwin nie tak berkat sebab penuh dengan maksiat.. tol x?? hehehehhehe... ok lah.. kita sambung lagi lah bila aku free nak berblogger ti kay...


WISH U ALL HAPPY ALWAYS AND SMILE ^____^

Monday 12 March 2012

Tips Hilangkan Bau Durian

Tip Hilangkan Bauan Durian Dalam Kereta


Pertanyaan yang diajukan...
ct_norul : nak tanyalah bro ni, mcmn nak hilangkan bau durian dalam kereta ek??? Ada petua tak?? Dah naik pening dah ni.. Masuk kereta kena bukak tingkap.. Kalo on aircond bau dia menusuk betul..
Jawapan Kami..
Seperti yang semua sedia maklum, musim durian telah pun kembali menusuk hidung kita semua sehingga sendawa di dalam kereta pun bau durian. eeuuuuwwww! jangan amalkan ye, tak baik untuk pernafasan orang sekeliling.
Ok balik pada Soalan ct_norul.... Bila dah dimasukkan durian dalam kereta tuh bau dia pastinya meninggalkan kesan yang mencengkam hidung..kembang kempis hidung menahan baunya...yang tak tahan tuh biler bau durian tuh melekat-lekat kat dalam kereta.. Pasti korang pening kalo naik kereta nanti....Wal hal durian dah kiter keluarkan semua tapi masih tak hilang bauannya..
_______________________________
Tip Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta
_______________________________
Cara murah dan mudah untuk kita menghilangkan bau durian di dalam kereta adalah dengan mengikut petua orang tua-tua macam kat bawah ni...Korang boleh cuba dulu,tapi bau tu memang tak akan hilang dengan serta merta..
1) Cara ni mudah...Korang hanya perlu balutkan buah durian tu dengan daun seperti daun ubi kayu atau betik atau ape ape daun la yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian tu..pasti bekesan hilang bau durian tu..
2) Kalau tak nak durian tu berbau letak lah separuh buah nenas yang telah di potong.. bau durian tu akan diserap oleh nenas tu.. cuba lah yerr...
3) Cuba letak daun pandan..terus hilang baunya..tapi bau pandan la plak kat dalam kereta nanti...
4) Letakkan beberapa keping roti dalam kereta tu, (tak kisahlah Gardenia ke, High5 atau roti seangkatan dengannya) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan beberapa jam... insyallah.. bau durian akan hilang.
5) Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian . Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.
6) Serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) juga boleh menyerap bauan tak sedap.. bungkus serbuk kopi dalam kain atau masukkan dalam bekas kemudian letak dalam kereta..
7) Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak ..Bau durian tu juga akan hilang diserap..
8) Letakkan bekas cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bauan durian yang kurang enak tersebut.
9) Atau masa bawa durian tu, Masukkan semua buah durian dalam bungkusan plastik bag dua tiga lapis kemudian ikat ketat-ketat sebelum letak dalam bonet kereta…Pastu buka semua tingkap kereta masa drive tu…jangan pasang air cond.. so, tak ada la kereta berbau sangat ...Biarkan udara memasuki kereta baru anda itu.

10) Kalau rasanya tak sanggup kereta bau durian. Lagi senang jangan letak durian dalam kereta... Kalau nak makan durian pun makan kat luar ajerrr.. jangan bawak balik...

Saturday 3 March 2012

Jason Mraz - I'm Yours (most of the chord are repeating)


Editor's Choice for Easy Song Chord:
Jason Mraz - I'm Yours (most of the chord are repeating)

Intro: B / F# / G#m / E  
           B  
Well, you done done me and you bet I felt it
   F#
I tried to be chill but your so hot that i melted
   G#m                                              E
I fell right through the cracks, and i'm tryin to get back
                 B
before the cool done run out i'll be givin it my best test
        F#
and nothing's gonna stop me but divine intervention
    G#m                                    E
I reckon it's again my turn to win some or learn some

CHORUS
     B                    F#
But I won't hesitate no more,
    G#m                    E
no more, it cannot wait i'm yours
  (repeat Intro)

 B                                                       F#
Well open up your mind and see like me
                                                          G#m
open up your plans and damn you're free
                                                       E
look into your heart and you'll find love love love
B                                                                                F#
listen to the music of the moment people dance and sing
                            G#m
With just one big family
                                                     E                                     Em  
It's your god forsaken right to be loved loved loved loved Loved

CHORUS
      B                   F#
So, I won't hesitate no more,
     G#m                  E
no more, it cannot wait i'm sure
                 B                      F#                     G#m
there's no need to complicate our time is short
                 E
this is our fate, i'm yours

*scat*
                          B
I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
        F# 
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
    G#m
my breath fogged up the glass
            E
and so I drew a new face and laughed
    B               
I guess what I'm a sayin' is there ain't no better reason
    F#         
to rid yourself of vanity and just go with the seasons
      G#m
it's what we aim to do
      E
our name is our virtue

CHORUS   (all next lyric chords same like above)

I won't hesitate no more, no more
it cannot wait, i'm sure
(there's no need to complicate
our time is short
it cannot wait, i'm yours 2x
no please don't complicate, our time is short
this is our fate, im yours.
no please don't hesitate no more, no more
it cannot wait, the sky is yours!)

well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la one big family
it's your god forsaken right to be loved, loved, loved, loved
open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la happy family
it's our god forsaken right to be loved loved loved loved
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la peaceful melodies
it's you god forsaken right to be loved loved loved loved...

Belajar 7 kod asas gitar untuk pemula


Maksud simbol pada penjuru atas kiri gambar;
Tanda ‘x’ = Mute (tak perlu petik tali, atau sentuh tali untuk matikan bunyi)
Tanda ‘○’ = Open string (petik sahaja tali tanpa perlu tekan mana-mana fret)
Tanda ‘●’ = Play string (petik tali sambil tekan pada kedudukan fret yang ditunjuk)
Selamat berjaya.
  
  

Panduan asas bermain gitar (kod mudah)


Ramai yang tak faham cara untuk baca gitar kod kat bawah ni, so aku buatkan simple guide untuk korang. Sila rujuk guide ini kalau tak reti nak baca kod yang ada dalam chord lists di bawah;
Bulat hitam tu maknanya tekan kedudukan yang sama di fret dengan jari kiri.
Bulat putih tu maknanya cuma petik sahaja tali tanpa tekan mana mana fret. Juga dipanggil “open note”.
Kalau tak ada tanda apa-apa, tak payah petik tali tu.

Basic Guitar Chords

Ini adalah antara kod paling asas untuk main gitar. Prektis kod C, Dm, F, G dan Am, dan aku gerenti korang boleh main berpuluh-puluh lagu melayu yang simple.

Power Chords

Power Chord selalu digunakan masa main lagu-lagu rock dan metal. Petik cuma 3 tali pada satu masa dan mute (matikan bunyi) tali yang lain. Nama kod ditentukan dengan not root (not pada tali yang dipetik pada #tali paling atas)
Untuk beginner aku amat syorkan prektis kod-kod yang aku tunjukkan tu especially yang dalam list Basic Chords. 7th kod (macam C7, D7 atau apa-apa yang ada nombor 7) tu sebenarnya sama dengan kod biasa, cuma ditambah kod ketujuh. Untuk permulaan tak ingat pun takpe. Tapi kalau nak bunyi sedap sebelum tukar kod, elok lah prektis nanti.